Sunday, 10 June 2012

BFF



hi all.. mm.. firstly, aku nk bagitahu kat korang semua yg aku rindu sangat2 kat kawan2 aku ni.. :) .. it's been so long that we haven't see each other right? bila la kita dapat jumpa lg.. semakin cute pulak kawan2 aku sekarang ..hihi.. aku rindu saat2 kami sama2 time sekolah dulu , lepak , cerita2 , ketawa , menangis, pergi makan , pergi latihan kawad , pergi pantai , ponteng kelas ..haha.. semua kami buat bersama.. :)
 kami 8 orang memang rapat start form 2 Bestari ( cuma Jolinie yang start rapat sejak form 3) .. Well, sepanjang persahabatan kami tak selalunya baik.. biasa la, kami manusia biasa yang tak lepas dari buat salah  dan aku rasa tu semua normal kalau bergaduh dan salah faham antara kami kan? .. ya,kami berlapan memang rapat tapi dalam geng kami mesti ada yang lebih rapat .. maksud aku, dalam geng kami Lucia akan lebih rapat dengan Sherly,  Masyirah rapat dengan Nurahila , Jolinie rapat dengan Yana, aku pulak rapat dengan Devi .. tapi, kadang2 kami tukar2 orang jugak la..hihi.. geng kami memang nakal masa sekolah.. mungkin orang lain pun tahu jugak .. cheee~~ tapi kami tak pernah cari gaduh dengan geng2 lain kat sekolah tu ok. we love peace ..haha.. kami ponteng kelas , ponteng sekolah dan lepak kat tempat lain..(p/s: aku rasa , aku yang mulakan perangai suka ponteng tu ) .. aku tak tahu la parents kami sebenarnya tahu ke tak pasal tu.. dan secara jujurnya parents aku tak pernah tahu.. walaupun kami macam tu, tapi kami tak tinggalkan pelajaran dan selalu study sama2 terutamanya subject math.. cikgu kami selalunya Devi la..hehe.. syukur la.. start PMR , kami dah jadi budak baik sikit.. aktiviti ponteng2 kelas mula di berhentikan.. lagipun aku dah jadi pengawas sekolah masa form 3 .. result kami pon ok2 jugak.. kami semua lulus.. start form 4 , kami berlainan kelas dengan Masyirah & Nurahila sebab diorang ambil subjek lain..


from left: Lucia and Sherly
sekejapnya masa berlalu~~~ kita tak tahu apa yang akan jadi kat masa depan kan.. Pada akhir bulan March 2009 kalau tak silap aku..1 pergaduhan telah terjadi antara kami.. kalau boleh aku tak nak ungkit balik kisah ni.. (p/s: jangan marah aku ar sebab tulis ni.. biar la untuk tujuan pengajaran sahaja) .. aku lupa apa yang dah jadi, yang penting perkara tu jadi pada waktu malam.. kami bertengkar dan aku tak sangka pergaduhan tu boleh berlarutan.. kami bergaduh dan mula tak hiraukan Sherly..mm.. boleh di katakan aku benci Sherly (masa tu la.. sekarang aku sayang sangat2 kat Sherly) .. Lucia pun ada masalah peribadi dia masa tu.. lepas tu Lucia decide untuk pindah sekolah kat kampung.. Lucia pun pergi tinggalkan kami dengan tiba2 ( aku tahu yang dia sendiri pun tak tahu dia akan pindah sekolah hari tu).. Sherly pulak bermusuhan dengan kami.. dalam 10 bulan kemudian. dalam January 2010 , Sherly minta maaf kat kami semua dan dia bagitahu kami yang dia nak pindah sekolah kat Sipitang .. aku masih ingat masa tu sampai sekarang... Jadi, kami kehilangan Lucia & Sherly .. T_T
from left: Nurahila, Jolinie, Masyirah

dah matured dah kawan2 aku sekarang ni kan.. cuma 3 orang antara kami yang still stick together :).. tapi, kami tak lupakan korang ok! aku pun dah jauh terbuang kat pahang sorang2 ni..
from left : yana and devi
mm... Yana dengan Devi sekarang ni sambung study kat KL.. mungkin diorg pun jarang jumpa jugak kot.. diorg dua ni la yang paling senang aku nak jumpa berbanding kawan2 yang lain..yang paling baru ni pun aku jumpa Devi.. waaa~~ memang dah berubah la.. aku harap, kita semua dapat buat reunion nanti.. k,la.. banyak lagi nak tulis tapi dah penat nak fikir... bye!


No comments:

Post a Comment