Assalamualaikum, kali ni aku nak bercerita kisah seorang budak perempuan yang berumur 6 tahun dan adiknya 4 tahun.
Pada suatu malam, ayah mereka telah membawa pemainan lego ke rumah, alangkah gembiranya dua beradik itu.
Pelbagai bentuk yang mereka buat, tapi si adik yang masih kecil tidak tahu untuk membuat apa2 bentuk. Si kakak berjaya membuat bentuk kapal, tangga, dan bentuk2 yang unik. Si adik hanya berjaya membuat susunan bangunan tegak sahaja, sambil melihat gambar yang ada di dalam kertas panduan, si adik tertarik untuk membuat bentuk bunga di dalam pasu. Si adik yang cemburu akan kakaknya yang telah buat pelbagai bentuk , lalu berkata bahawa dia akan membuat bentuk bunga didalam pasu sambil menunding dari ke arah gambar kertas panduan, dan memberi amaran kepada kakaknya supaya jangan meniru. Si kakak hanya tersenyum dan melihat si adik yang terkial2 menyusun lego.

~~ setelah lama menunggu, si adik belum siap membuat bentuk bunga. Si adik yang masih kecil hanya mengeluh, membaling2 lego, dan marah apabila hendak ditolong. Si kakak ingin membantu, tetapi di halang oleh si adik. Akhirnya, si kakak membuat keputusan untuk membuat bentuk bunga dalam pasu itu untuk dijadikan contoh untuk si adik. Si kakak berjaya membuatnya sekelip mata, lalu di tunjukkan kepada si adik. Tindakan baik si kakak di salah tafsir oleh si adik dan mengatakan bahawa si kakak ingin menirunya. Si adik mengamuk lalu membaling semua lego yang ada ke arah kakak sambil menangis.
~~ si adik telah puas menangis dan di pujuk oleh si ibu, dan si kakak di pesan oleh si ibu untuk sentiasa mengalah untuk si adik yang masih kecil. Si adik yang penat menangis akhirnya tertidur.
~~ Si adik tiba2 terbagun dari tidur waktu tengah malam dan mendapati semua kakaknya sudah pun tidur hanya tinggal ahli keluarga yang lain yang masih menonton televisyen, emosi kecilnya sudah tenang, si adik keluar dari bilik, menyedari bahawa lego yang dia sepahkan sudah pun disimpan rapi, kecuali lego yang berbentuk bunga dalam pasu yang di buat oleh si kakak di letakkan di atas meja. Si adik berasa bersalah, dia mulai sedar yang tindakannya salah, dia bersalah terhadap kakak nya. Si adik segera masuk semula ke dalam bilik dan melutut di sebelah katil dimana si kakak tidur.
~~ si adik berasa bersalah dan sedih, dia terfikir yang dia sepatutnya berterima kasih kepada kakaknya. Si adik merenung wajah kakaknya yang sedang tidur nyenyak, si adik menutup mulutnya menggunakan tangan kiri, dan menggunakan jari tunjuk tangan kanan untuk merasai hembusan nafas si kakak. Dia hendak memastikan bahawa kakaknya masih hidup. Nafas hangat si kakak dapat dirasai olehnya. Air mata si adik membasahi pipi, dia menutup mulutnya dengan menggunakan kedua2 tangan. Si adik pun berkata dengan perlahan2, "kak yan.. terima kasih, kak yan jangan mati.. esok ajar una susun lego bentuk bunga tu.."
Okay sebenarnya ni kisah aku.. 16 tahun lepas.. bagi aku ni salah 1 kisah sedih dalam hidup aku. Dan aku tengah menangis sekarang.. Kak Yan.. jangan mati.. nanti Una sedih..
Okay sebenarnya ni kisah aku.. 16 tahun lepas.. bagi aku ni salah 1 kisah sedih dalam hidup aku. Dan aku tengah menangis sekarang.. Kak Yan.. jangan mati.. nanti Una sedih..
![]() |