Sunday, 26 August 2012

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) 2011/2012


Hi,all.. 16th July 2012 lepas aku dah tahu aku akan sambung study aku dekat UiTM (Bandar Melaka) dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Kepujian (Perniagaan Antarabangsa) dan akan mendaftar pada 1st September 2012 nanti. So far so good, but there’re few things are not to be settle down yet.hmm.. Nervous jugak rasanya nak tunggu hari pendaftaran nanti. I wonder, macam mana la situasi bila dah masuk Universiti nanti?,yang aku dengar.. situasi tu, takkan sama macam kat sekolah ataupun masa kat KMPh dulu.. : ( just wait and see ,ok! Doakan la aku supaya berkenalan dengan kawan2 yang baik macam kawan2 yang aku kenal sebelum ni, majority kawan aku kat KMPh dulu dapat kat UMT, tahniah la korang erk..terutamanya kat Afiqah yang dapat kos Perakaunan....tahniah gak kat kat classmate aku yang lain,Ekin (UiTM Penang),Pyzah (UiTM Machang),Iman (UiTM Shah Alam),roommate aku ,dan semua la kawan2 kat KMPh dan KML jugak (aku tak lupa)..kawan2 aku yang ambil STPM pulak..Ira, Ila n Jojo..semoga sama U tahun depan.. kawan2 kat KMPh pulak.. tak de yang sama U dengan aku..dah terpisah dah lepas ni..maknanya setahun kat KMPh tu jela peluang untuk kita berkawan rapat , stick together la katakan.. mesti aku akan rindu sangat2 kat korang bila dah masuk U nanti.. kenangan kita sama2 pergi makan,study sama2.. rushing sebab lambat masuk kuliah la..macam2..janji pakai baju sama.. buat aktiviti “Entertainment kita” (yang rapat dengan aku je yang tahu maksud tu)..hmm..post aku kali nie,aku just nak describe kenangan aku selama aku study kat KMPh..mungkin post kali ni panjang panjang panjang sangat…

=====================FIRST SEMESTER========================
Monday, 23th May 2011 .. hari ni pendaftaran untuk 1st intake KMPh~~~.. awal jugak aku sampai pagi tu,aku tunggu masa daftar tu..aku berdiri tunggu diorg panggil nombor aku kat depan bilik JPP pastu aku perasan orang yg berdiri sebelah aku tu pandang2 aku.. aku pun terfikir la yang dia mungkin nak tegur aku .. :P hehe..aku pun tarik nafas panjang2 dan senyum + beranikan diri tegur dia dulu..so, aku berkenalan lah dengan dia..Nama dia Amira dan dia orang pertama yang aku berkenalan dalam KMPh ni..pastu aku pergi tempat daftar bilik..aku dapat asrama blok A1.T1.19 ,bilik tu paling hujung ,sebelah surau aras 1..bila aku masuk bilik,aku tengok dah ade student masuk bilik tu dulu dan dia tengah kemas barang2 dia..aku berkenalan la dengan dia..nama dia Asmidar,from Kuantan.. aku pun ambil katil kat sebelah dia,tempat aku dekat dengan pintu (sebab aku tak suka tingkap) ,sebelah cermin (aku suka cermin besar)..tak lama lepas tu,ade sorang lagi student masuk..OMG!! budak tu la,Amira.. yang aku tegur kat depan bilik JPP tadi..senang sikit,tak payah nak berkenalan sangat.. from Terengganu.. hmm..lama jugak lepas tu, roommate aku yang last pun masuk..dia ni pendiam sikit mula2,aku ingat dia sombong..nama dia Ain,from Kelantan.. lepas tu, aku dengan roommate aku pun keluar pergi beli baldi, penyapu, penyodok sampah, tikar..macam2 la..hari2 seterusnya kami dah mula rapat.. nie la roommate aku:
Ain a.k.a Sony

Mira a.k.a Memmy

Mida a.k.a Peppy
Masa minggu orientasi tu la aku kenal dengan budak2 bilik A1.T1.20 , Syikin, Midah , Miera, dan Siti .. budak bilik kami dengan budak2 bilik tu memang baik.. hmm.. kat KMPh aku dapat kumpulan LDK 39, mentor aku Mdm. Cheong..

minggu orientasi :) rindunye masa ni..

Ok.. sem 1 ni, kami ada subjek Dinamika dan Pn.Noraihan yang ajar kitorang.. sorry to say this, saya bukannya tak suka pn.Noraihan tapi saya tak suka subjek Dinamika tu sendiri..hmm.. Salah saya! ~~~ yela, for your information.. aku bukan nye budak skema yang suka ikut peraturan sangat.. subjek Dinamika tu bagus untuk aku tapi aku tak tahan … syukur la,subjek tu Cuma 1 jam je dalam seminggu.. aku tak pandai nak matching kan baju dengan tudung (masa tu la..sekarang aku dah pandai dah).. macam nak ponteng je kelas masa tu sebab aku sendiri pun tak pandai pakai tudung sangat dan aku suka pakai baju kemeja ( Pn.Noraihan cakap, baju kemaja adalah baju formal untuk lelaki je & perempuan mesti pakai baju kurung)..kasut pulak kena cari yang kasut formal yang warna hitam tu (aku pinjam kasut roommate aku).. lepas tu, kitorang ada dinner malam Dinamika .. tema dia “Arabic” gitu… korang ader??haha..
Hmm.. nak buat planning dia bukan senang ok! Chee..senang la kot Cuma ni first time so..payah la sikit kan..aku macam tak buat apa2 pun seingat aku lah.. aku buat apa erkk?? Tayang muka kat depan lecturer dekat DMK pastu balik bilik kot.. sikit je kerja aku.. susun2 kerusi.. hehe.. masa tu Ekin, Piqah n Pyzah buat tugas diorang dekat DDB.. malam2 pun kitorang ade pergi BT sebab nak bagi2 kan tugas masing2..(bersemangat la sangat)..

kat DMK
Tengah agih2kan tugas la konon..

Saturday night , 9th July 2011.Menjelang malam Dinamika~~~ well..well..well.. aku tak de jubah.. petang tu,aku dah terhegeh2 pergi blok C sebab nak pinjam baju jubah Piqah..so, dia bagi pinjam aku baju jubah dia yang warna kelabu tu.. hehe.. first time aku pakai jubah malam tu.. rase macam aku ni alim sangat2..(buekk.. :P )..oleh sebab aku tak de banyak tudung masa sem 1, aku pakai tudung yang paling tak sesuai..ish..ish.. Arabic night kan? Mesti la pakai tudung yang belit2 tu kan3?..ntah la.. dah berlalu.. kalau lah boleh patah balik, aku nak pakai tudung lain..sob..sob..

actually, Ekin x setinggi tu ok.. die pakai kasut tumit tinggi.. (sorry  dear)




Lee Kai Xiang .. :)


kami ade ambik gambar kelas ...huhu..



apesal Naji tinggal kepale je?haha



chee~~ siap ade "Saranghae yo" lagi tu..huhu


muke budak skema..haha

pastu,kami dah start buat preparation untuk UPS 1.. banyak test dan kuliah tambahan yang lecturer buat ..



1st August 2011, UPS 1 dah mula, Ramadhan yang pertama jugak~~~ pergi bazaar ramai2 dengan roommate..hmm.. selalunya, aku kirim kan je dari diorang sebab malas nak keluar petang2 ni.. kalau aku rajin je nak ikut diorang pergi bazaar tu, mesti ada ape2..hehe.. aku nak beli donut chocolate la tu..kalau tak pun aku nak tengok2 orang.. :P



Lepas tu, kami pun dah cuti pertengahan sem dan cuti raya.. habes cuti, KMPh ada buat Pesta Tanglung dan aku pergi je lah sebab ni first time aku nak tengok perayaan kaum cina ..hehe..lagipun, masa aku beli tiket tu aku dapat diskaun dari Ewan Tham.. dia jual murah sikit dekat aku lepas aku cakap aku tak nak pergi sebab harga tiket tu mahal..hehe.. dia suruh aku jangan beritahu sape2..ok! Aku pandai simpan rahsia ,aku tak beritahu sape2 pun pasal tu.. :P ( memang tulis kat blog orang tak bace pon!)







Tak lama lepas tu, KMPh de buat sambutan MerdekaRaya kat DDB.. menyesal jugak aku pergi petang tu..panas kot.. dan aku pergi sana untuk bergambar je.. tak makan pun walaupun aku ada bayar..tak pe lah..sedekah je!..huhu..oo,ye! Tapi,aku sempat makan ais kacang..





Ok2.. kitorang dah semakin dekat dengan PSPM1 ni.. dan semakin banyak kelas2 lepas result UPS 1 keluar..hmm..aku pun dah selalu pergi library …hihi.. malam terakhir aku kat KMPh untuk sem1 ni,aku kemas bilik kat tempat aku je lah,aku kemas meja, almari, kasut, katil, rak buku..pastu aku ambil gambar..ok2.. ni la gambar tempat aku yang dah kemas tu..

rindu nak tido atas katil ni..huhu..

very colorful ,right?

Hmm…habes exam aku la orang yang pertama yang habes dulu..so,sorang2 kat bilik aku pun buang semua nota2 yang aku lekat kat dinding, buku , tutorial, dan semua lah yang aku rasa ,aku dah tak pakai untuk sem 2 nanti.. tapi,aku bawak balik nota kuliah yang aku buat cantik2..hmm..korang tengok la perbandingan gambar sebelum dan selepas exam.. :)

it's final exam la , stupid!

Petang terakhir untuk sem 1, aku ingat aku nak menagis kot sebab aku tak beli tiket bas.. tapi, aku beruntung sebab hari yang sama Abah aku ade meeting ke ape ntah kat Kuantan so sku balik rumah dengan dia la.. (Abah ambil aku kat KMPh jam 6.30, so aku sampai rumah malam..:C ) ..OK, maknanya dah berakhir lah semester 1 kat KMPh dan ni antara gambar yang aku ambil sepanjang semester









i love you, i miss you










lepak kat bakery
p/s: tangan orang2 yg suke makan kuaci







last, kuliah eko sem 1



pic ni yang aku paling sayang sekali????

 goodbye KMPh ! see you next semester >.<

=====================SECOND SEMESTER======================

Hello again! Awal aku sampai kat KMPh pagi ni jam 11 pagi rasanya.. aku balik KMPh dengan Nasrul.so,dia la yang tolong aku angkat beg aku yang berat tu! (Kesian ko, Nasrul..nasib ko lah dapat kawan cam aku)..ok,bila dah sampai aku terkejut sebab aku dah Nampak Ekin dekat kafe..

Ok, awal2 sem 2 ni..kitorang dah kena duduki MUET..cam biase la.. lepas tu kena beban tugasan yang English tu (yang kena buat presentation la, buat kajian benda ape ntah..aku lupe)..oh,ye! Lepas habis MUET tu.. Ekin ajak aku pergi Telok Chempedak.. aku tak bagitau sesape pon termasuk roommate aku..aku dah berpakat dengan Ekin supaya tak inform kat diorang..



we fly to the skies 

Semester baru ni, aku dah join kelab memanah..aisshh.. tak sangka aku ada bakat..


dan sem baru ni aku dah mula jadi alim sikit.. berhijrah la katakan.. lebih2 lagi setiap hari rabu aku akan pakai tudung labuh ..antara ikhlas dan terpaksa ..aku minta maaf sebab pilih terpaksa.. terpaksa jadi hipokrit untuk pakai tudung labuh tapi sebenarnya someone yang suruh ..tapi tapi..aku happy untuk hari rabu.. Nampak ayu je kan?..hmm.. ada jugak kawan2 kat Sabah aku pernah cakap yang diorang teringin sangat nak tengok aku pakai tudung labuh.. aku cakap aku tak kan pakai, tapi sekarang? Aku dah pakai pon! : )



ade yang ucap syukur ,ade yang gelak bile tengok aku macam ni kan3?ok..aku terime je.

aku banyak main,banyak tido,banyak makan masa semester dua ni, dah masuk tahun baru..2012, kitorang pun dah isi borang UPU ..macam biasa la, aku memang banyak mintak kat UiTM pon! Alhamdulillah aku dapat gak.. lepas cuti CNY kami dah duduki midterm UPS II ,well aku tak banyak study sangat la. Result yang aku dapat untuk UPS II pun agak teruk ( 1 kelas 1A2A pon agak lingkop gak)..aku tak salahkan lecturer yang aku dapat,jangan risau.. classmate aku jenis yang suke main dan buat lawak dalam kelas..ade yang suke ushar awek..ade yang sibuk buat hal sendiri,ade yang suke tido..hmm..yang paling rajin pon 2 Orang agaknya..tapi aku sayang classmate aku.. sebab kami suke study sama2.. I love you all >.<

naji sepak kaki iman..haha

ok! Lepas UPS II dah lepas macam biasa la..banyak pulak aktiviti kitorang.. semua aktiviti di bahagi ikut result UPS II..ade yang dapat g Dusun Eco Resort ,ade yang dapat lawat UiTM Jengka, ade yang stay kat bilik je (aku)..hmm.. lantak la, aku dah lama makan hati.. :C
aku tak kenal korang sape tapi aku jumpe pic ni and aku maen upload je..haha

mostly x kenal jugak..haha.. baju biru tu pengarah KMPh..handsome kan?


yup..lepas tu untuk student akaun je la..kami ade ikut program math..best giler!kami mesti pakai baju warna yang sama untuk setiap kelas dan kelas kami pilih warna hitam dan tudung putih untuk perempuan.. Lecturer bagi kami tugasan pastu kami kena habiskan tugasan tu tapi kami kena jaga amanat kami (lecturer suruh kami jaga belon air supaya tak pecah sepanjang program tu)..malangnya, belon air colour hitam yang kitorang dapat tu tak sempat nak hidup lama.. baru start game, belon air tu dah pon pecah (kat depan hostel blok B2).. well.. biasa la.. budak kelas 1A2A ni..tak kan mengalah awal2..kami main tipu kot..haha… lebih2 lagi Iman dengan Mahirah.. diorang dua tu yang paling beria2 pergi beli belon baru..yup! belon air baru yang kami beli tu warna merah so ade la yang jealous tu yang perasan belon kami lain sikit.. kami peduli ape?..kami nak habiskan gak game tu..walaupon ade kejadian yang memalukan sepanjang program tu..kami berjaya habiskan gak,hmm..seingat aku..Iman yang paling bersemangat kot..antara clues yang aku masih ingat ialah:
1.Jauh permandangan luas permandangan (astaka kat litar KMPh)
2.Pondok buruk tepi sawah ( kat depan hostel lelaki blok B2)
3.”Boleh perhatikan lecturer,boleh ushar awek2,boleh tengok ramai lelaki handsome”(haha… korang agak2 tempat ni kat mne??)
dan 1A2A antara kelas yang terawal sampai ke check point yang terakhir dan kami kena nyanyi lagu “Negaraku” pastu balik DMK semula..pastu masa on the way g DMK  kelas kami nyanyi lagu wonder pets “Apa yang penting?..Kerjasama..!”..tahniah2.. :)..yo! kami dapat hamper pastu bahagi sama rata kat kafe C..



2 orang ni je la lelaki kat kelas aku..huhu..
p/s: Naji wat muke comey, Rahim mirip Black kan?

muke penat semua...

aku memang ske wat cm gnie..haha

belon 1A2A xkan pecah!haha




ok, tak lama lagi dah nak PSPM II.. takot~~ tapi sebelum masuk minggu study week.. student akaun ada buat dinner ‘Accounting Night’ la katakan..tema dia “Korporat”, sebelum tu banyak kali diorang yang tak bertanggungjawab tukar tema.. mula2 tema “Retro”, pastu tukar “Black and Rose”, last skali “Korporat”.. aku? Mangsa keadaan..isk..isk.. nak menangis!!!! Ok la..korang boleh baca pasal "Accounting Night" tu kat post aku yang lepas2 tu..malas ar nk tulis benda yang sama.. (buekk :P)

Xiang2... the boyz!
wo de pengyou :)

aku ngan Kay

Aku ngan Lieya

~~~Study Week….hukhuk.. aku dah siap buat jadual untuk study week tapi aku tak ikut sangat pon..rajin gak aku pegi cubical untuk jumpa lecturer.. study kat library sampai petang..makan pon selalunya aku beli je kat kafe pastu makan kat bilik..aku sedar yang sepanjang study week tu aku dah tak makan roti,aku makan banyak2 dan membuatkan badan aku jadi berisi sikit..budak2 bilik aku ( a.k.a my fakes family) sempat gak dinner sama2 kat kafe untuk kali terakhir sebab sepanjang duduk kat KMPh ni kami selalu makan sendiri2 je..tak pernah makan sama2..sob..sob..ok! ni antara gambar yang aku ambil masa study week.
oo..yang ni, petang terakhir masa kat matrik..aku study dengan Ekin kat library sampai la library tutup..



rajin aku study kat library.. *rajin la sgt!




bersepah giler! x mau kemas..


lbeh kurang 40 keping semue sepanjang duk KMPh.. mknenye lbeh kurang 40 buku roti la aku dah cekik erk??

ang boring ka?


fokus sangat sampai terlelap..huhu..sorry ekin!

malam terakhir tido kat bilik ni so kami saje jadi giler nak rse tido kat lantai..

perrgghhh.. terbaik..!!! anak sape nieh?!

lepas habes exam ..last paper la katakan!..aku sorang2 kat bilik sebab roommate aku still jawab exam.. pastu Ekin datang kat bilik aku, dia cakap yang parents dia dah sampai dan dia dah nak balik..aku terkejut la,tak sangka cepat sangat dia nak balik.. pastu kami salam2 la, mintak maaf, peluk2..dah nak pisah kan?..aku nak menangis masa tu..pastu Ekin cakap “ Laa~~jangan la nanges , aku sayang hang..!” (aku masih ingat ayat dia dan sekarang aku nak nanges lagi)..hmm..lepas Ekin balik,aku kemas barang2 aku dengan linangan air mata sambil dengar lagu2 yang buat aku selalu ingat Ekin.. aku dah tak tahan sebak aku ni..pastu aku hantar mesej:
aku : “Ekin….kenape ang tinggal aku….? Aku sdeh ni.. (nanges sambil tengok pic ang)”
Ekin : “jgn la cm 2…. Wat aku sedey je…… :( .. nanti dtg taw uma aku..mak ayah aku suh sgat5 hang dtg”
P/s: aku belum padam mesej2 ni jadi aku copy sebijik2 ayat mesej kami.
Lepas tu aku tak balas mesej Ekin..aku lari pegi bilik dia tapi berkunci..well.. bilik Ekin kan macam bilik aku gak..aku ade kunci bilik tu..aku masuk pastu aku tengok kat tempat Ekin yang dah kosong then aku duduk kat atas katil dia..menangis puas2.. pastu aku tulis atas meja study Ekin.. “Rain sayang Ekin”.. pastu lepas budak2 aliran sains habes exam aku sempat jumpa roommate aku for the last time lepas tu Razif datang ambil aku.. aku pun sampai malam kat rumah..
dalam almari aku masa hari terakhir kat KMPh

sempat lgi nk ambik gamba





sesak giler jalan.. nasib Razif ambik aku awal sikit..huhu

Yup! Habes dah study kat KMPh.. aku rasa kosong sangat2 bila dah sampai rumah.. aku takkan lupakan saat2 kat KMPh..dan aku akan rindu sangat2 saat tu ( dah rindu pon! )
Goodbye KMPh ! I miss you already T_T ..

masuk kuliah lambat!
ade tangan gergasi kat KMPh..hehe

tengok saper tuh akak2 sekalian??
kaki oh kaki..
sorry!
sape2 yang dapat bilik kitorang, jage bilik ni baik2 k. :)
makan kat cafe B x ajak?..k,bai!
sesenang je nak conteng paper aku erk..?

naji belanje ABJ ..hehe.. thanks Nash (knon la.. :P)


jangan main2 dalam kuliah ekonomi cikgu mat salleh ea!
ish..ish..sempat lagi?

perlu ke ade love sign??haha
p/s: signature budak2 lelaki kat kuliah aku

aku rindu nk makan ikan keli kat sini..

rindu sangat mase ni.. kitorang sambut birthday midah.. :)
confirm baru balik dari kelas agama ni?
Pahang Matriculation Collage <3

~~with love,- Rainny Kei-