Hi, guys! Dalam 2-3 hari ni aku sering di kenakan dengan
kepercayaan karut .. err.. aku tak tahu lah bagi korang “benda” ni karut ke tak
.. tapi bagi aku,”benda” macam ni memang karut..ya, aku mengaku yang mungkin
dulu aku pernah percaya “benda2” macam ni . Tapi, sejak aku dah beransur
dewasa.. aku dah tak percayakan nya lagi.. maksud aku “benda” ni ialah “pantang larang” or something .. pantang
larang ni apa sebenarnya? Siapa yang reka? Perlu ke nak percaya? .. bukan la
aku nak cakap , orang yang percaya benda2 ni semua “pemikiran kolot” ( ade la
sikit2 ).. tapi kalau nak ikutkan logik, tak kan la pantang2 ni semua dapat
selamatkan kita dari takdir yang buruk.. Allah dah tentukan takdir hidup
kita,kan? .. aku rasa tak salah kalau nak percaya Cuma jangan la lebih2 sampai
nak menyusahkan hidup orang lain (lebih2 lagi menyusahkan orang yang tak
percaya.. aik? Macam perli pulak aku ni..) .. dan takut la jugak sampai
terkeluar dari landasan agama (terutamanya yang beragama Islam) .. aku tahu la,
aku tak layak nak bahas benda2 nie semua, niat aku just nak share je.. pantang larang ni berbeza mengikut bangsa +
agama masing2.. aku dah merantau jauh dah , aku dah jumpa pelbagai jenis bangsa
n perangai manusia yang pelik2 ni.. yup!
Kadang2.. sakit hati jugak nak layan kerenah diorang ni.. nak buat ni , tak boleh.. buat tu ,pun tak
boleh!.. 5 contoh pantang yang menyusahkan, :
1. 1. Makan nasi, tak
boleh angkat pinggan
AKIBATNYA: nanti suami/isteri korang
pendek umur
KOMEN: masalahnya, tak kan la umur someone
tu bergantung pada pinggan pasangan dia kan?..kalau pernah terjadi sebelum ni
pun ,aku rasa tu semua kebetulan saja..
memang tak logic…tak logic..*geleng kepala!!!
PENGAJARAN: mungkin tujuan nenek moyang
kita (kita ???..haha) nak suruh cucu cicit dia makan bersopan , sebab Nampak
buruk sangat kalau sambil makan angkat pinggan,kan3? (so, aku pun.. kena sedar
diri la erk…hehe)
SITUASI: selalunya yang makan angkat
pinggan ni sebab makan duduk bersila, that’s why la pinggan jauh dengan mulut..
nak pulak kene kat orang yang suke makan nasi pakai sudu macam aku..hehe.. so,
makan kat meja makan bukan depan TV ok!
2. 2. Anak dara tak
boleh duduk kat tangga
AKIBATNYA: jodoh lambat sampai
KOMEN : jodoh tu rahsia Allah.. tak
duduk kat tangga pun kalau tak de jodoh.. lambat jugak jodoh sampai kan… ( ayat
Ekin, member aku.. “kalau ade jodoh..ade la..kalau x de nak buat macam mane”)
PENGAJARAN: Orang dulu2 saje nak ugut anak dara diorang supaya masuk
rumah, buat keje rumah.. bukannya melepak kat tangga.. (yeye.. je la aku
nieh!..haha)..
SITUASI: ade lagi ke zaman ni ge-girl macam aku ni lepak kat tangga? (
ade je.. sebab gayut telefon kan3?) ..hmm.. kitorang ske lepak kat bilik
mngadap laptop (main facebook, blogging, skyping, edit gambar?....haa~~ ape
lagi kau nak.. semua ade..)..kalau tak pun.. lepak kat bilik gossip2 pasal
K-pop & prince charming kitorang..haha
3. 3. Bila dah habis
makan, tuang air minuman dalam pinggan
AKIBATNYA: murah rezeki or something la..
KOMEN: hmm.. ape hal murah rezeki pulak??.. kalau ade rezeki tu bersyukur la,kalau x
de…keje keras la ok! ^.^
PENGAJARAN: sebenarnya, hal ni akan memudahkan orang2 yang keje kat
dapur tu nak cuci pinggan kan.. ikut logic je.. senang nak sental2 kesan minyak
kat pinggan.. jimat sikit , tak payah beli pelbagai jenis pencuci pinggan
mangkuk..wakaka…
SITUASI: masa kat Sabah.. aku selalu tengok orang makan dan mereka akan
tinggalkan sikit air minuman mereka.. pastu tuang kat pinggan.. hmm. Aku pernah
kena tegur dengan bff aku sebab aku
habiskan air minuman aku..err..so what?? Membazir la..
4. 4.Perempuan tak
boleh menyanyi kat dapur @ bilik mandi
AKIBATNYA: kahwin dengan orang tua
KOMEN: yeker??... tapi selalunya
orang2 yang dah tua ni banyak harta dan berpangkat.. haha..*ketawa sambil
hentak kaki… tapi apa kaitannya?..I told you! Jodoh tu Allah yang tentukan..
bersyukur je la kalau dapat hubby yang macam pakcik2.. daripada x de
langsung..ngeee~~(p/s:lelaki da tak ramai da skrang…haa~~tak tahu)
PENGAJARAN: orang tua tak suka ge-girl melalak kat dapur @ bilik mandi..
serabut !!!!..kalau suare korang best tak pe gak… khekhekhe…..
SITUASI: hmm.. hobi ge-girl kan menyanyi.... aku cadangkan kat parents
yang ade anak yang suke melalak kat dapur @ bilik mandi.. buat je dapur @ bilik
mandi kalis bunyi..(banyak duit mak bapak aku….??!! Senang je main
mintak2..haha)
5. 5. Bila dah habis makan , jangan sampai jari dan pinggan jadi
kering (lambat cuci pinggan)
AKIBATNYA: nanti dapat mak mertua garang + mak mertua tak sayang kat
korang
KOMEN: errr..?? yeke… teruknya akibatnye… tapi agak2 la sikit.. lepas
makan mesti la kite nak borak2 kan.. so, bia la lambat cuci pinggan pun.. kalau
mak mertua tak sayang?? Kalau korang cuci pinggan cepat2 pun kalau tak sayang
tetap tak sayang!!! Hehe..(main2 je la)
PENGAJARAN: hmm…bukan ke orang2 zaman dulu mak yang carikan calon isteri
ke?.. well, seorang mak nak kan yang terbaik untuk anak dia.. so, that’s why la
dia nak cari menantu yang rajin2.. (mungkin ..hehe…mne la aku tahu.. :P )
SITUASI: haha… aku terlepas dari risiko ni sebab aku makan gune
sudu..dan pinggan aku tak kering sebab aku suke cedok kuah sampai banjir
pinggan.. haha .. :P (err… tapi mintak2 la mak mertua aku esok baik2 je )
===============habis dah============
 |
annoying |
Actually,
banyak lagi.. tapi.. ni je la yang aku selalu kena.. so, yang ni je la yang boleh
aku bagi contoh… Honestly, aku sangat2 tak suka bila apa2 je yang aku nak buat,
orang cakap “ tak boleh!” .. well, this is me ok!.. aku happy dengan cara hidup
aku.. aku tak nak jadi hipokrit!..yela2.. aku dah malas bagi alas an yang aku
ni dah besar.. boleh fikir benda yang elok dan tak elok..aku rimas dengan
pantang2 segala bagai…pape je la.. ok, aku mintak maaf kalau ayat post kali nie
agak terkurang ajar.. benda2 ni semua tak kan sempuranakan hidup aku pun..
please.. orang2 kat luar sana.. I’ll respect about your views but please..
respect mine too.. yup.. I’m admit that
I am wrong .. you can say yang aku ni budak degil , tak nak dengar nasihat …
bla, bla, bla… kalau tu yang aku nak buat?? ..neh..neh.. you can’t stop me?? ..
what you will do to me? …. Nak marah? Nak report kat mak aku ? nak tarik
telinga ? .. fine! Do whatever you want.. aku tak nak percaya benda2 ni..
k,la.. semua nak nasihat aku sangat kan?.. Go on.. bye!